Pengasas Dan Asal Usul FACEBOOK

>> Monday, May 10, 2010


Anda ada account Facebook ? Hmm, semua orang pun ada rasanya. Tapi dari mana sebenarnya datang Facebook nie yer ? Ok, gambar di bawah adalah Mark Zuckerberg iaitu pengasas Facebook yang kini bergelar billionaire. Hohh. Bayangkan dia menjadi billionaire pada usia 23 tahun. Memang sesuatu yang mengejutkan kan ?. Dasyat eh !!

Beliau dilahirkan pada 1984 di New York dan hanya merupakan seorang pelajar ketika mengasaskan Facebook pada 2004 di Havard University [muke pun nerd + pandai Mark nie..mesti ramai awekss nih].
Sebenarnya, Facebook merupakan satu tools yang beliau cipta bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar di Havard. Facebook direka untuk Mark Zuckerberg dan rakan – rakannya yang lain di Havard berinteraksi antara satu sama lain dan supaya lebih mengenali sesama mereka. Myspace dan Friendster adalah aplikasi yang hampir sama dengan Facebook tetapi Facebook mempunyai keunikan dan kehebatan tersendiri menyebabkan ia menjadi amat popular di Havard. Dalam masa beberapa bulan sahaja, ia telah mula digunakan di kolej2, sekolah, dan dalam tempoh setahun, ia telah dibuka kepada orang ramai.

Banyak sebenarnya kisah2 di Internet tentang bagaimana Mark Zuckerberg nie menjadi kaya dengan tiba2. Beliau banyak dibantu oleh rakan2 programmer yang lain untuk menjadikan Facebook satu platform sosial networking yang terbaik di dunia. Yang menariknya setelah baru dua tahun beroperasi jer, banyak web2 sosial network dan media seperti Myspace dan Youtube dijual dengan harga berjuta dollar. Myspace menerima tawaran dari NEWS CORP. Sebanyak USD$580 juta, YouTube menerima tawaran USD$1.5 billion dari Google tetapi Mark Zuckerberg langsung tidak mahu menjual Facebook walaupun ditawar oleh Google & Yahoo iaitu sebanyak hampir USD$1 billion. ” Facebook bukan untuk dijual “ kata beliau dengan nada manja2 gitu. Ini menimbulkan kontrovesi dan beliau dikatakan bodoh [tapi pandai] kerana tidak menerima tawaran tersebut. Pelbagai tomahan dan kritikan pedas diajukan terhadap beliau tetapi beliau tetap berkeras tidak mahu menjual Facebook kepada sesiapapun. Ketegaq gak si Mark nih.
Hasilnya, setelah 3 tahun, beliau ditabalkan sebagai [world youngest self-made billionaire] oleh Majalah Playgirl Majalah Forbes dengan anggaran harta bernilai USD $1.5 billion. Kini, Microsoft pun berminat dan telah membeli share Facebook sebanyak 1.6% bernilai USD $246 juta. Ramai lagi yang turut membuat pelaburan besar dengan Facebook seperti pengasas PayPal, Peter Theil begitu juga billionaire terkenal dari Hong Kong, Li Ka-Shing. Sehingga kini Facebook menjadi semakin canggih dan penggunaannya amat meluas sehingga ada yang menjadi kaya – raya disebabkan oleh pengiklanan Facebook [Mc' Donald pun letak iklan kat facebook].

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Simple n' Sweet to ictsematbestari 2011

Back to TOP