Cara Mudah Menangani Masalah Perkakasan Komputer

>> Monday, May 10, 2010



Menangani masalah yang melibatkan perkakasan komputer biasanya mencabar. Bagi yang sudah berpengalaman, ia mungkin menyeronokkan, namun mungkin agak mengecewakan bagi pengguna baru. Sehubungan itu, aktikel ini cuba jelaskan kaedah-kaedah praktikal untuk mengatasi beberapa masalah mudah yang melibatkan perkakasan komputer anda. Contoh yang diketengahkan di sini mungkin boleh menolong dan ianya boleh dilakukan sendiri.
Umumnya masalah gangguan pada perkakasan komputer boleh berlaku pada bila-bila masa dan ia boleh dianggap serius jika melibatkan proses ‘startup’. Antara petunjuk berguna bagi masalah kerosakan ialah dengan terhasilnya bunyi ganjil dari komputer tersebut apabila ianya dihidupkan.
Bunyi itu boleh jadi berpunca daripada kipas pendingin haba yang hampir rosak atau pemacu cakera kerasnya yang bakal lumpuh pada bila-bila masa sahaja.
Oleh yang demikian, yakni sebelum cakera keras anda menjadi lebih teruk, anda
disarankan supaya segera membuat simpanan (backup) bagi semua fail-fail penting.
Rasionalnya mudah, memiliki salinan lain merupakan satu langkah bijak untuk memastikan data tersebut terselamat sekiranya berlaku kerosakan pada perisian dan perkakasan yang digunakan.
Penyimpanan ini boleh dilakukan pada asas harian, mingguan, bulanan atau tempoh yang ditetapkan.
Sekiranya komputer anda lumpuh (crash) dan bunyi cakera kerasnya kedengaran luar biasa, ini mungkin bermakna komputer tersebut berpotensi untuk mengalami kerosakan yang tidak diduga.
Jadi simpanlah (save) maklumat di dalam program yang sedang dibuka dan mulakan
pengenalpastian punca masalahnya dari peringkat paling asas. Berikut adalah beberapa contoh masalah/gangguan biasa pada perkakasan komputer dan cara untuk menanganinya.
Bekalan kuasa : Apabila skrin monitor anda secara tiba-tiba gelap (blank) dan tiada sebarang
paparan antaramuka aplikasi yang sedang berfungsi, maka langkah pertama yang perlu
dilakukan ialah memeriksa bekalan kuasa untuk kesemua perkakasan sistem komputer anda.
Misalnya, sesetengah kabel bekalan kuasa monitor dipalamkan pada bahagian belakang
komputer dan ada pula dipalam kepada outlet AC. Jadi, palam (palam) bekalan kuasa itu boleh
jadi longgar dan anda perlu memastikan semua palam dipalamkan dengan baik.
Sekiranya kabel bekalan kuasa komputer anda dihubungkan kepada sebuah ‘strip’ (soket sambungan) bekalan kuasa, maka pastikan setiap soketnya mempunyai suis. Lihat juga pada lampu yang menandakan suis kuasa untuk semua peralatan telah dibuka, di mana suisnya perlu berada pada kedudukan ‘on’ (buka). Jika ia masih tidak berfungsi, maka soket kuasa itu mungkin bermasalah – misalnya fius terbakar. Bagi menguji sesebuah palam kabel kuasa yang dirasakan rosak, anda boleh memalamkannya kepada soket lain yang boleh berfungsi.
Sambungan : Satu lagi masalah yang biasa pada perkakasan komputer ialah kabelnya yang dipasangkan dengan tidak kemas. Semua peralatan komputer biasanya memiliki kabel kuasa dan data yang dihubungkan kepada komputer dan anda perlu memastikan penyambungannya tidak longgar. Kadangkala ada pengguna yang cuba memasangkan jenis kabel yang berbeza secara tidak sengaja atau memang tidak tahu. Sekiranya anda mendapati kabel tersebut tidak secocok, maka jangan cuba untuk memaksanya kerana ia boleh merosakkan.
Tetikus : Sebuah tetikus (mouse) yang sudah lama digunakan biasanya diselaputi kekotoran pada bahagian dalamnya sehingga sensitiviti bebola dan ‘roller’nya kadangkala terganggu.
Selain itu penunjuk anak panah (pointer) pada skrin mungkin tidak berganjak, walaupun tetikus
itu digerakkan berulang kali. Satu-satunya cara berkesan untuk mengatasi masalah ini ialah membersihkan segala kekotoran pada roller atau bebola tersebut. Namun bagi tetikus jenis tanpa bebola atau menggunakan cahaya yang dipanggil sebagai sensor, kebiasaan gagal berfungsi dengan sempurna jika digunakan pada permukaan yang memantulkan cahaya. Jadikan bagi mengelakkan keadaan tersebut gunakan ‘mouse pad’ yang permukaan kasar.
Papan kekunci : Selain tetikus, papan kekunci (keyboard) juga boleh menimbulkan masalah ketika menaip seperti gangguan pada kekuncinya. Contohnya, anda mungkin secara tidak sengaja tertekan kekunci tertentu pada papan kekunci itu sehingga menyebabkan ia diaktifkan.
Jadi, antara kekunci yang perlu diberi perhatian ialah kekunci yang berlabel CAPS LOCK dan NUM LOCK. Selain kekunci, kabel papan kekunci yang longgar mungkin perlu diketatkan dan proses boot semula mungkin perlu dilakukan supaya ianya kembali berfungsi. Kadangkala kegagalan papan kekunci berfungsi adalah disebabkan terdapat benda asing seperti klip kertas atau dawai kokot yang tersangkut pada butang kekunci. Untuk membuangnya Cuma terbalikkan
papan kekunci dan hentak secara perlahan – perlahan menggunakan tangan.
Bunyi : Jika masalah yang dihadapi melibatkan bunyi (sound), anda mungkin perlu memeriksa pembesar suara (speaker) yang digunakan untuk memastikan kabel bekalan kuasa dibuka dan wayarnya dipalamkan pada soketnya yang betul. Selain itu anda mungkin perlu memeriksa ‘volume’nya untuk memastikan suisnya terbuka (on) atau tertutup (off). Pastikan juga wayar pembesar suara, tidak dipasangkan pada soket lain.
CD-ROM : Fungsi pemacu CD-ROM akan terganggu sekiranya anda memasukan cakera padat (CD) secara terbalik, permukaannya bercalar atau dilekati dengan kekotoran di atas permukaannya. Kadangkala anda perlu memasangkan program untuk memainkan kandungan CD tersebut terlebih dahulu atau mengklik sebanyak dua kali pada ikonnya sebelum ia boleh berfungsi. Sekiranya CD tersebut masih gagal untuk dimainkan, sila buka pada bahagian My Computer dan klik dua kali pada ikon berlabel D (untuk pemacu CD-ROM).
Paparan : Apabila monitor anda gelap (blank) setelah komputer dihidupkan, pastikan kabel kuasa dan kabel data disambungkan dengan betul dan kemas, selain itu cuba ubahsuai bebutang kawalan pada monitor tersebut. Biasanya monitor dilengkapi dengan tombol (knob) atau bebutang (button) untuk mengawal ciri-ciri komputer tersebut seperti kontras, kecerahan dan beberapa ketetapan lain. Kadangkala paparan monitor terjejas kerana gangguan pada kad video yang digunakan - misalnya gangguan gelombang elektomagnet atau kad video itu

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Simple n' Sweet to ictsematbestari 2011

Back to TOP