PERATURAN MAKMAL KOMPUTER / PUSAT AKSES
>> Wednesday, March 10, 2010
A. SEMASA DALAM MAKMAL KOMPUTER / PUSAT AKSES, PENGGUNAAN TIDAK DIBENARKAN:
Membawa beg, alat pemain muzik, cd permainan /lagu/cerita dll.
Chatting dan bermain permainan komputer.
Membuat bising termasuk berbual-bual, berbincang, memasang dan mendengar muzik.
Mengganggu pengguna lain dengan apa cara sekalipun.
Berkelakuan tidak senonoh dan tidak serius semasa proses P & P.
B. PENGGUNA DILARANG SAMA SEKALI
Menukar kedudukan komputer dan peranti yang disediakan.
Menukar konfigurasi komputer.
Menambah (install) dan membuang (uninstall) sebarang perisisan.
Mencuri atau mengambil dengan sengaja peranti dan bahan –bahan lain di dalam Makmal Komputer / Pusat Akses.
Sambung apa-apa peralatan tambahan kepada komputer melainkan dengan kebenaran daripada Pengetua / Penyelaras Bestari / Penyelaras Makmal Komputer / Penyelaras Pusat Akses.
Ubah suai "setting" dalam Komputer kecuali ada kebenaran daripada Pengetua/ Penyelaras Bestari / Penyelaras Makmal Komputer / Penyelaras Pusat Akses.
Membawa keluar sebarang peralatan atau perkakasan dari Makmal Komputer / Pusat Akses kecuali ada kebenaran daripada Pengetua/ Penyelaras Bestari / Penyelaras Makmal Komputer / Penyelaras Pusat Akses.
Masuk Bilik Server dan Bilik Stor kecuali ada kebenaran daripada Pengetua/ Penyelaras Bestari / Penyelaras Makmal Komputer / Penyelaras Pusat Akses.
C. PENGGUNA HENDAKLAH:
Melaporkan sebarang masalah terutama berkaitan dengan komputer dengan segera kepada Pengetua/ Penyelaras Bestari / Penyelaras Makmal Komputer / Penyelaras Pusat Akses.
Mematuhi segala peraturan yang diumumkan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan nama anda disenarai-hitam.
Pastikan semua komputer ditutup sebelum meninggalkan Makmal Komputer / Pusat Akses.
Pastikan pintu Makmal Komputer / Pusat Akses sentiasa ditutup.
D. PELANGGARAN PERATURAN MAKMAL KOMPUTER / PUSAT AKSES
PENGGUNA YANG MELANGGAR MANA-MANA PERATURAN DI ATAS BOLEH DIAMBIL TINDAKAN TEGAS TERMASUK:
Dilarang masuk dan menggunakan Komputer di dalam Makmal Komputer / Pusat Akses.
Dihadapkan ke Lembaga Disiplin Sekolah.
Bertanggungjawab menggantikan semua Komputer atau apa-apa peralatan / peranti hilang atas sebab kecuaian.
Selamat Menggunakan Komputer
0 comments:
Post a Comment